PCCS : Breakout (E07)

PCCS Group Berhad adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan. Segmen Syarikat adalah Pakaian, Pelabelan dan Lain-lain.

1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan di bawah), PCCS telah berjaya breakout setelah berada di fasa terlebih jualan.

2. PCCS berjaya memecahkan 2 paras rintangan iaitu RM0.500 dan RM0.525.

3. Paras sokongan dan rintangan semasa adalah RM0.525 dan RM0.555.

4. OBV menunjukkan terdapat pengaliran volume masuk yg signifikan apabila jumlah dagangan pada hari ini adalah tertinggi dalam tempoh 3 bulan.

5. Dijangkakan PCCS akan meneruskan kenaikkan dengan menguji paras rintangan terakhir RM0.555.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Technical Indicatorsjun19Trend Analysis

更多:

相关出版物

免责声明