AZRB: Perubahan Tren Menaik Beserta Momentum

Support 0.385
Resistance 1: 0.435
Resistance 2: 0.465

AZRB telah membentuk candle marubozu dengan volume yang besar pada hari ini. Petanda awal sebelum kenaikan telah mula kelihatan sejak dari 28 Disember lagi apabila ia tutup pada harga 0.305. Kemudiannya pada 2 Januari candle marubozu dengan antenna (tutup:0.335, tertinggi: 0.370) terbentuk dengan volume yang agak tinggi menunjukkan kaunter ini telah mempunyai momentum. Momentum seterusnya dapat dilihat pada 9 Januari sebelum kaunter ini membentuk satu lagi candle solid marubozu (tutup: 0.370, bersamaan dengan antenna pada 2 Januari) dengan volume pada 15 Januari. Kemudiannya, kaunter ini telah mengalami kejatuhan sehingga paras 0.310 pada 31 Januari, namun kejatuhan ini adalah kejatuhan tanpa volume dan harga masih lagi berada di atas harga petanda awal kelihatan. Trend menaik telah bermula semula dari 1 Februari dengan candle positif selama 7 hari berturut-turut disertai dengan momentum pada 13 dan 14 Februari. Akhirnya AZRB berjaya melepasi resistance 0.385 dengan momentum yang sangat padu pada hari ini, 19 Februari.
Trend Analysis

更多:

免责声明