Kod saham: 7249 Nama saham: Ewein Bhd Screener: 18LC untuk 15 Feb 2019 (tradevsa.com) Tarikh pemerhatian: 15 Feb 2019
Pemerhatian: a) Harga & Volume: - Kebanyakan sebarang harga yang kecil dengan volume yang rendah/sangat rendah. - Ketika harga naik, sebaran harga besar dan volume tinggi. b) Peringkat Pasaran: - Harga bergerak secara sideway sejak pertengahan Dis'18. - Selepas 7 minggu lebih, harga mulai bergerak ke atas. - Kemungkinan pengakhiran peringkat Accumulation (S1). c) Trend Line: - Halangan utama harga untuk bergerak lebih jauh keatas ialah pada Resistance 1. - Ia cuba menembusi Resistance tersebut tetapi harga ditutup pada pertengahan bar. - Selain itu, harga juga kini berada didalam lingkungan Uptrend Line (Guide).
Rumusan: - Harga ditutup pada pertengahan bar. Ia memberi isyarat bahawa mungkin terdapat perubahan pada hala tuju harga saham. - Namun begitu, bagi membolehkan harga bergerak dengan lebih tinggi, harga perlu menembusi Resistance 1 dengan volume yang tinggi. - Juga, harga mungkin akan bergerak secara sideway secara sementara sebelum membuat pergerakan seterusnya.