ASTINO (Terus Membuat Kenaikan)

Sektor:
- Building Materials, Industrial Products & Services, Steel.

Idea analisis:
~Fundamental~
- ASTINO konsisten membuat keuntungan dan terkini, keuntungan ASTINO bergerak dalam trend menaik. Ini menjadikan keuntungan ASTINO meningkat YoY sebanyak 60.4%.
- Kenaikan keuntungan ASTINO ini seiring dengan hasil (revenue) yang mula dilihat menaik untuk 4 quarter terkini (Q2 2020 sehingga Q1 2021). Kenaikan revenue meningkat QoQ sebanyak 17.42% tetapi menyusut YoY sebanyak -6.99%.

~Teknikal~
- Sebelum ini, ASTINO dilihat menjadikan MA 50 sebagai support dinamiknya.
- Terkini, ASTINO membuat kenaikan parabolic dan tidak lagi menjadikan MA 50 sebagai supportnya.
- Ketika ASTINO pertama kali membuat kenaikan parabolic, harga membuat retracement selepasnya sehingga ke fibo 0.618 sebelum rebound dan breakout. Ini menunjukkan kekuatan kenaikan ASTINO ini adalah kuat (strong).
- ASTINO kemudiannya menyambung kenaikan parabolicnya dan berjaya melepasi fibo 1.618.
- Hari ini, ASTINO ditutup pada harga 1.650. Ini merupakan paras ATH terbaru bagi ASTINO.
- Jika ASTINO mampu bertahan di atas fibo 1.618 iaitu pada paras harga RM 1.620, harga mampu membuat ATH terbaru dengan menuju ke fibo 2.618 iaitu RM 2 yang juga merupakan paras harga psikologi.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Q1 = Quarter pertama. Kebiasaanya bulan Februari. Q1 dalam idea ini adalah pada bulan Mac.
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya bulan Mei. Q2 dalam idea ini adalah pada bulan Jun.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance


#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
alltimehighASTINOATHFibonacciFibonacci RetracementFundamental Analysisma50Moving Averagesparabolicreboundretracement

更多:

相关出版物

免责声明