AYS membuat jurang yang sangat besar beberapa hari lepas berikutan pengumuman pendapatan syarikat yang memberansangkan. Pada teknikalnya pula ia berjaya menjolok garis TAD dan juga menembusi paras tertinggi 52 Minggu. Corak lilin yang dihasilkan juga menunjukkan minat belian yang masih kuat untuk kaunter ini.