syedasyraf

D&O (Mencuba Kembali ke Landasan)

MYX:D&O   D & O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD
Apa itu Hidden Bullish Divergence?

Hidden Bullish Divergence boleh disebut sebagai continuation pattern semasa sesuatu kaunter itu sedang berada dalam fasa uptrend.
Walaupun berlakunya momentum jualan yang lebih besar dalam sesuatu saham, namun harga tidak mampu ditolak untuk turun lebih bawah.

Kita akan melihat pada beberapa perkara:

1. Pembentukan pada chart apabila higher low terbentuk.
Harga D&O dijangka akan berpotensi untuk bergerak ke atas disebabkan momentum jualan lebih kuat telah berlaku. Namun tidak mampu untuk menolak harga ke bawah lagi. Ini menujukkan bahawa minat belian saham D&O lebih kuat.

2. Indicator RSI yang membentuk lower low telah menunjukkan momentum jualan yang lebih kuat telah berlaku. Momentum tersebut dilihat tidak menolak harga saham untuk jatuh lebih jauh.

Masih terlalu awal untuk menjangkakan pergerakan D&O ini. D&O perlu kembali menutup harga pada paras RM4.95 dan keatas untuk menjadikan kenaikan ini menarik.

D&O berpotensi mencabar semula paras ATH pada harga RM5.09. Hanya akan terjadi jika D&O kembali ke landasan sokongan.

*Fakta menarik: D&O adalah salah sebuah syarikat pengeluar LED terbesar di dunia. (Isaham)

Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan bullish divergence dalam chart.

Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。