Sektor: - Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors.
Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) DNEX menurun YoY. Keuntungan yang dibuat adalah tidak konsisten walaupun keuntungan meningkat QoQ. - Dari sudut Teknikal, DNEX sebelum ni meningkat dengan drastik iaitu daripada harga sekitar bawah 20 sen kepada sekitar 80 sen. - Setiap kenaikan pasti adanya penurunan. DNEX dilihat membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.5 iaitu sekitar RM 0.555 sebelum rebound semula sehingga melebihi RM 1. - DNEX kelihatan membuat penurunan sekali lagi dan berkemungkinan harga akan membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.5 iaitu sekitar RM 0.830 seperti sebelum ini. "History repeats itself". - Jika harga turun melebihi RM 0.830, support terakhir adalah pada paras harga RM 0.730 iaitu fibo 0.382. Berkemungkinan harga akan rebound di paras harga ini. - Jika harga jatuh melebihi paras RM 0.730 ini, harga berkemungkinan bertukar arah kepada downtrend.
Nota kaki: * YoY = Year over Year. * QoQ = Quarter over Quarter. * Pullback = Harga membuat pembetulan iaitu menurun seketika sebelum meneruskan kenaikan. * Rebound = Harga melantun ke atas.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.