analisa pada 10 jun 11am Saham menunjukkan kenaikan yang beransur-ansur. Mungkin terdapat tekanan jualan kerana saham memasuki fasa rintangan di julat harga 0.880 sebelum bermulanya pandemik COVID19 pada bulan Mac20. Pemegang saham yang membeli di sekitar harga rintangan sebelum ini mungkin berpuas hati untuk menjual dengan kerugian yang minima. Pasaran perlu menyerap tekanan jualan ini sebelum harga dapat naik dengan lebih cepat. Pada 9 Jun terdapat tekanan jualan yang tinggi, candle mempunyai ekor panjang ditutup rendah dengan volume yang tinggi. Perhatikan pergerakan pada 10jun untuk melihat sama ada masih ada tekanan jualan.