FASA PERGERAKAN HARGA

Dalam sesebuah carta pergerakan harga, kita nampak harga turun dan naik. Setiap penurunan dan kenaikan ni, boleh dilabelkan untuk memudahkan kita membuat trade, dan mengira risiko trade tersebut.

Dalam setiap fasa, akan ada lagi fasa pergerakan harga yang lebih kecil, dan ini dipanggil fractals. dalam satu major uptrend, ada sideways, dan jugak correction/downtrend. dalam fasa sideways, akan ada uptrend, dan down trend.

Trade yang selamat adalah dalam fasa harga menaik / uptrend atau yang lebih berisiko, dalam fasa technical rebound.

Seterusnya, trade yang berisiko pertengahan, adalah trade dalam fasa ranging/sideways. Dalam timeframe yang lebih besar, ranging juga akan lebih besar, dan trade boleh dilakukan dalam keadaan yang lebih terkawal. Trade yang lebih selamat dibuat dalam fasa short term uptrend, dalam fasa ranging/sideways ini.

Trade yang paling berisiko, adalah dalam fasa downtrend, atau correction.

Technical rebound (uptrend / downtrend) boleh digunakan secara bersama. Technical rebound ialah fasa pergerakan harga yang melawan trend yang lebih besar.

contoh, dalam uptrend, akan ada correction / pembetulan, dan selepas pembetulan, akan diikuti dengan technical rebound. jika technical rebound melepasi harga tertinggi (sebelum correction berlaku), fasa berubah dari technical rebound kepada breakout/uptrend.

Trader hanya perlu kenal pasti timeframe yang sesuai untuk dia trade. kalau risk management anda membenarkan trade yang gagal, untuk jatuh sehingga 10-30% sebelum menjadi untung, anda sesuai untuk guna timeframe mingguan. Kalau risk 5-10% max, anda boleh guna timeframe daily. kalau risk anda max 5%, anda sesuai untuk gunakan timeframe kurang dari 1 hari, mungkin 4 hours, atau lebih kecil, 30 minit.

Semoga bermanfaat.
Trend Analysis

更多:

免责声明