lemylockhart

6/6/2022 KETIDAK STABILAN POLITIK UK

FOREXCOM:GBPUSD   英镑/美元
Suasana politik UK yang semakin tidak menentu lebih memberi kesan kepada GBP/USD berbanding laporan NFP minggu lepas. United Kingdom yang terkenal dengan suasana panas politiknya ekoran daripada isu Brexit yang lalu kembali membelenggu pasaran GBP/USD dengan Perdana Menterinya yang bakal berdepan undi tidak percaya dalam sesi parlimen hari ini. Keputusan undian itu akan dikeluarkan dalam hari ini yang mana akan menentukan nasib Boris Johnson dalam sesi pemerintahan beliau dalam parlimen UK.

GBP/USD masih di dalam julat harga terdahulu setelah cuba membuat kenaikan sebelum ini ke paras R1. Laporan NFP yang luar jangkaan hanya memberi kesan sementara sebelum harga kembali ke atas. Selagi harga di dalam julat, GBP/USD masih tiada arah sebenar.

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。