HEXTAR dilihat bergerak dalam trend menaik mematuhi sokongan dan rintangan garisan trend
Namun, jika diperhatikan pada volum seakan terdapat anomali pada pergerakan harga
Volum penyertaan dilihat semakin berkurang tatkala harga membuat tinggi yang baharu
Kenaikan yang sihat seharusnya disertai dengan volum yang turut sama meningkat
Pergerakan volum yang bercanggah dengan pergerakan harga kebiasaanya adalah petunjuk kelemahan
Petunjuk RSI dilihat berada di zon positif namun sudah terletak di bawah garisan purata RSI harian
Meskipun begitu, harga dikatakan masih bergerak dalam keadaan menaik selagi mana masih mematuhi sokongan garisan menaik
Sama-sama kita perhatikan halatuju seterusnya
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
免责声明
这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在
使用条款阅读更多信息。