Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) HIAPTEK meningkat QoQ masing² sebanyak 492.48% dan 32.71%. Untuk YoY pula hasil (revenue) menurun manakala keuntungan meningkat sebanyak 451.98%. - Dari sudut Teknikal, kelihatan HIAPTEK bertukar arah kepada uptrend setelah BDTL dengan volume yang sangat signifikan. Garisan downtrend line ini diambil daripada Februari 2018. - HIAPTEK meneruskan kenaikan dengan drastik kemudian pullback sehingga ke paras fibo 0.382 sebelum rebound semula ke atas. - HIAPTEK rebound tetapi tidak mampu melepasi resistance RM 0.510. - Kemungkinan HIAPTEK ingin melengkapkan bentuk cup and handle atau turun sehingga ke paras fibo 0.382 untuk membuat bentuk double bottom. - Jika harga tidak mampu bertahan di atas fibo 0.382, kemungkinan HIAPTEK ingin bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. * YoY = Year over Year. * BDTL = Break DownTrend Line. * Pullback = Harga menurun seketika sebelum meneruskan kenaikan. * Rebound = Harga melantun ke atas selepas melakukan penurunan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.