KOBAY dilihat mengekalkan momentum kenaikan sejak dari beberapa minggu dagangan yang lalu
Carta harga mingguan dilihat menunjukkan terdapatnya kelemahan pada pergerakan harga Petunjuk RSI dilihat menunjukkan terdapatnya pembentukan 'bearish divergence' tatkala harga membuat tinggi yang baharu Analisa volum juga mendapati minat belian semakin berkurang ketika harga sedang melakukan kenaikan Carta harga harian juga dilihat menunjukkan kelemahan dengan pembentukan lilin merah disertai dengan bayang atas (upper shadow) Harga dijangka mungkin membuat pembetulan dalam jangka masa terdekat dengan EMA20 mingguan bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat Sekiranya gagal bertahan harga dijangka akan mencari EMA50 mingguan pula sebagai sokongan seterusnya
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih