Syarikat OKTA adalah syarikat sektor perkhidmatan cloud base software. Tahun ini sahaja sehingga hari ini kenaikan saham telah menaik lebih 80%. Nilai syarikat ini pada anggaran USD 13.8 billion kini. Berdasarkan keputusan pada suku ketiga tahun ini pada 5 Disember lepas, earning dan revenue kedua-duanya melangkaui jangkaan penganalisis. Saham ini juga disenaraikan dalam NASDAQ.
Jika dilihat pada carta, kelihatan harga saham ini membuat dasar berkembar (double bottom) dan pecah rintangan paras leher (neckline). Kemudian kini ia cuba lagi sekali untuk melantun pada rintangan paras leher tersebut untuk cubaan melantun semula. Jika ia bergerak secara normal, saham ini dijangka akan meneruskan momentum kenaikan.