> Saham OPENSYS tutup pada harga 0.540. > Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya bertahan di atas paras sokongan 0.505 dan cuba untuk pecahkan garisan downtrend. > MACD telah bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan. > RSI berada di atas paras 50 menunjukkan sedang mengumpul kekuatan untuk teruskan kenaikan. > Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik. > Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.570, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 0.610. > Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli. ** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan. ***Selamat berdagang!