Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, SAUDEE dilihat membuat keuntungan yang tidak konsisten. Kerugian paling tinggi dicatatkan di dalam QR adalah pada 26 Jun 2020 sebanyak RM 19,677. Keuntungan SAUDEE menurun sebanyak -156.76%. Hasil (revenue) pula kelihatan bergerak sideways dengan menunjukkan sedikit peningkatan untuk QoQ dan YoY. - Dari sudut Teknikal, SAUDEE telah cross up MA 200 kemudian breakout SBR pada paras RM 0.405. - Paras RM 0.405 asalnya merupakan SBR bagi SAUDEE apabila harga jatuh di bawah harga ini tetapi kemudiannya SAUDEE berjaya breakout dan menjadikan paras ini sebagai RBS pula. - Harga mula menaik selepas breakout dan cross up MA 200 sehingga harga naik melebihi RM 1. - Ketika ini, stochastic RSI menurun memberi signal SAUDEE dalam keadaan strong bearish signal di mana harga akan jatuh. - Harga jatuh dan sekarang harga nampak bertahan ni RBS. Walaubagaimanapun, harga ditutup di bawah MA 200. - Jika harga mampu rebound, SAUDEE mampu mencapai RM 1.050. - Jika tak mampu atau harga semakin jatuh, perhatikan support seterusnya iaitu RM 0.310.
Nota kaki: * QR = Quarter Report. * YoY = Year over Year. * QoQ = Quarter over Quarter. * SBR = Support Become Resistance. * RBS = Resistance Become Support. * Cross up = Melintasi ke atas. * Strong bearish divergence = Keadaan di mana stochastic RSI menaik tetapi harga menurun. * Rebound = Harga melantun ke atas selepas membuat penurunan sebelumnya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.