SCNWOLF (Serigala Mencari Habuan Setelah Berhenti Berehat)

Sektor:
- Office Products, Plastics, Plastic Product (Consumer), Building Materials, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- SCNWOLF tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Dalam 10 quarter terkini, 70% adalah rugi. Untuk dua quarter paling terbaru, SCNWOLF dilihat membuat keuntungan secara berturut². Walaubagaimanapun, keuntungan SCNWOLF masih menyusut YoY sebanyak -204.32%.
- Hasil (revenue) SCNWOLF juga menyusut YoY sebanyak -14.47%.
- iSaham mengkategorikan SCNWOLF sebagai syarikat 'negative earnings'. Skip jika anda belum mahir untuk cut loss.

~Teknikal~
- Setelah muncul signal 'medium bullish divergence', SCNWOLF breakout MA 50 dan membuat kenaikan parabolic.
- Kemudian, SCNWOLF membuat pullback sehingga ke atas MA 50 dan fibo 0.382.
- Hari ini, harga SCNWOLF gap up menandakan pembeli mula menunjukkan minat terhadap SCNWOLF setelah harga jatuh sebelumnya.
- Gap up ini mungkin menunjukkan bahawa SCNWOLF sedang rebound. Ini disokong oleh 2 petunjuk:
1) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga cuba rebound di atas support.
2) MACD 4R1G (Penerangan di nota kaki).
- Jika harga mampu rebound di atas fibo 0.382 ini, kekuatan kenaikan terbaru bagi SCNWOLF ini adalah lemah (weak uptrend) dan berpotensi menuju ke RM 0.395.

Nota kaki:
* Medium Bullish Divergence = Keadaan dimana harga mendatar tetapi stochastic RSI menaik (higher low).
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
4r1gBullish DivergenceFibonacciFibonacci RetracementFundamental AnalysisgapupTechnical IndicatorsreboundreversalSCNWOLF

更多:

免责声明