UCTT: Tiga Askar Putih?

UCTT dilihat membuat penurunan menguji kekuatan sokongan dinamik EMA200 harian sebelum membuat kenaikan semula

Lilin pada 3 hari dagangan terakhir dilihat seakan membentuk corak lilin 'three white soldier' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Petunjuk MACD harian dilihat seakan bersedia untuk membuat persilangan emas. Histogram MACD juga dilihat mengecil ke paras positif
RSI harian dilihat berada di atas paras pertengahan menunjukkan terdapat kemungkinan akan terdapat lebih banyak momentum menolak harga naik ke atas
Jika dilihat pada selang masa mingguan (tidak ditunjukkan), lilin terakhir dagangan dilihat membentuk 'bullish engulfing' menenggelamkan lilin minggu sebelumnya
RSI mingguan juga dilihat berada di paras positif menunjukkan terdapat kebarangkalian harga akan meneruskan kenaikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

免责声明