lemylockhart

20/4/2022 KENAIKAN CPI KANADA MEMBANTU KENAIKAN DOLAR KANADA

做空
FOREXCOM:USDCAD   美元/加元
Dolar Kanada meningkat dengan mendadak pada hari ini berikutan laporan inflasi Kanada yang melebihi jangkaan. Dalam sesi AS, USD/CAD didagangkan pada 1.2519, turun 0.74% dalam sehari.

CPI Kanada untuk Mac meningkat sebanyak 6.7%, peratusan penuh yang melebihi 5.7% di Februari lalu. Dalam kiraan bulanan, inflasi meningkat 1.4% daripada 1.0% sebelumnya. Angka tahunan dan bulanan kali ini melebihi kiraan di tahun 1991. Tekanan inflasi bukan sahaja meningkat tetapi ianya juga mempengaruhi di dalam sektor lain. Minyak, makanan, bahan mentah, restoran dan lain-lain lagi kebanyakannya harga sedang naik.

USD/CAD kembali memasuki julat terdahulu dan telah menembusi sokongan pada harga 1.2529. Setelah gagal menghampiri garisan sokongan menjadi rintangan pada harga 1.2710, kejatuhan ini adalah dijangka berikutan dari aspek teknikal itu sendiri. Dibantu oleh data CPI, kebarangkalian harga akan meneruskan penurunan untuk mencari sokongan baru di 1.2430.

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。