VRTX: Meneruskan Kenaikan Atau Pembetulan?

VRTX dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Pemangkin awal kenaikan dilihat terhasil daripada jurang kenaikan 'breakaway' yang dilihat berlaku pada awal bulan Disember tahun lalu
Jurang yang berlaku adalah dilihat kuat dengan kehadiran volum yang menyokong pembentukan jurang tersebut
Sejak dari itu, harga dilihat berterusan menaik dan mematuhi EMA sebagai sokongan dinamik terdekat kenaikan
Melihat pada selang masa mingguan, persilangan emas antara EMA20 dan EMA50 mingguan dilihat seakan hendak berlaku
Namun paras RSI mingguan dan harian kedua-duanya dilihat sudah berada di paras 'overbought' menimbulkan kemungkinan akan berlakunya pembetulan
Volum pada hari terakhir dagangan juga adalah dilihat kurang selari dengan pembentukan lilin harian

Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga turun dan bertahan di atas paras sokongan dengan volum rendah

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk 'TAYOR'
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Technical IndicatorsTrend Analysis

免责声明