Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, iSaham mengkategorikan YKGI sebagai syarikat 'negative earnings' kerana lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Hasil (revenue) YKGI juga dilihat dalam trend menurun secara overall. Hasil (revenue) menurun sebanyak -8.46 YoY. Walaupun begitu, keuntungan YKGI meningkat YoY sebanyak 29.19%. - Dari sudut Teknikal, YKGI dilihat uptrend kerana masih berada di atas trend line. - Apabila harga naik terlalu tinggi, signal 'bearish divergence' muncul untuk memberi peringatan kepada YKGI supaya turun semula ke trend line. - Terkini, harga dilihat mula rebound semula dengan petunjuk stochastic RSI yang cross up. - Kemungkinan jika harga naik secara tinggi lagi, stochastic RSI akan memberi amaran untuk harga turun semula ke trend line seperti sebelum ini.
Nota kaki: * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun. * Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI mendatar. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.