amdi

MBSB- Gelombang Elliot- Satu Pemerhatian

MYX:MBSB   MALAYSIA BUILDING SOCIETY BHD
Berdasarkan kiraan gelombang elliot pada carta harian dan mingguan, saat ini MBSB kelihatan bergerak dalam gelombang 2 dengan struktur pembetulan segitiga simetri (a-b-c-d-e). Target jangka masa pendek adalah RM1.19-1.20 (gelombang e pada carta harian).

Gelombang 2 (pembetulan) dijangka akan lengkap sekitar aras harga RM 0.950 dengan aras sokongan terendah adalah sekitar aras RM 0.675. Aras halangan adalah RM 1.38. Jika harga bergerak merobek aras sokongan Rm 0.675, kiraan gelombang elliot ini akan terbatal dan kiraan semula terpaksa dilakukan.

Pergerakan harga memecah tembok halangan Rm 1.38, bakal merangsang ke arah pembentukan gelombang 3 dengan target terhampir sekitar RM1.80.

Sila timbang tara berdasarkan strategi dagangan sendiri sama ada "Buy on breakout", "Buy on weakness" atau pun dengan pecahan modal, bergantung pada pengurusan risiko masing-masing.

Aras Halangan : RM 1.38
Aras Sokongan : RM 0.675
Target Jangka Masa Pendek (Gelombang e) : RM 1.20
Jangkaan Gelombang 2 : RM 0.950
Jangkaan Gelombang 3 : RM 1.80

Disclaimer : Perkongsian ini HANYA bagi tujuan pembelajaran semata-mata, BUKAN satu saranan bagi jual/beli dagangan saham. Sila dapatkan nasihat daripada remisier/dealer anda sebelum melakukan dagangan saham. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas ebarang kerugian yang timbul
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。