Rizman

HUAAN : RSI dan MACD nak patah ke bawah.

做空
MYX:TECHNAX   TECHNA-X BERHAD
Ramalan para pedagang yang kaunter ini dapat menembusi pada paras rintangan 0.250, nampaknya hanya tinggal harapan sahaja. Kaunter ini masih belum dapat menembusi rintangan 0.250, sebaliknya harga saham HUAAN menunjukkan penurunan yang agak ketara.

Jika di lihat pada indikator MACD dan RSI, kedua-duanya mula menunjukkan 'pembalikan arah'.
Pada MACD, walaupun signal MACD 9 itu belum melintasi garisan MACD, tetapi para pedagang perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Sekiranya lintasan MACD berlaku dan arahnya menuju ke bawah, pedagang kena segera membuat 'potongan kerugian' (cut-loss).

Walau bagaimana pun, apa sahaja bakal berlaku dan bagi para pedagang yang bercadang untuk membeli saham HUAAN ini, disarankan untuk terus memantau pergerakan harga sebelum membuat apa sahaja tindakan, terutamanya untuk membeli saham HUAAN ini.


免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。