Pelabur

FPGROUP - Analisis Bulatan Berkembar

做多
MYX:FPGROUP   FOUNDPAC GROUP BERHAD
Foundpac Group Berhad (FPGROUP) mempunyai potensi untuk membuat corak Double Bottom dan harga kini adalah RM0.375 iaitu 15% hampir mencapai harga target pertama pada RM0.445. Untuk swing traders ataupun midterm holding, saham FPGROUP hampir melengkapkan corak double bottom berdasarkan carta. Sekiranya corak double bottom ini dapat dihasilkan, harga jangkaan menggunakan konsep ini ialah peningkatan sekali ganda mengikut formula BOX B = BOX A; Bermaksud jangkaan ketinggian harga target bersamaan dengan ketinggian kotak A dari support ke resistance. Berdasarkan carta FPGROUP, jangkaan harga tertinggi adalah pada sekitar RM0.685 hingga RM0.705 bersamaan 58% sebagai pulangan tertinggi.

Dari segi fundamental pula, saham FPGROUP berjaya untuk meningkatkan pendapatan berdasarkan tahunan dan sukuan. Petunjuk Altman Z menunjukkan nilai 2 yang bermaksud potensi untuk bankrap atau muflis amat rendah.

Idea Trading Plan (Untuk tujuan pembelajaran sahaja. Untuk pembelian, sila buat kajian lanjut)

Entry: Di paras support
Support: RM0.355 (untuk entry boleh pantau juga RM0.450 menggunakan kaedah RBS)
Resistance: RM0.445
Target 1: RM0.445
Target 2: RM0.685

Nota: Trading plan dibuat menggunakan Fibonacci.

-M.H.N.Jimmy@iSaham-

Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。