Kajian Struktur Pasaran Kaunter CCK (2018-2019)

Alhamdulillah, saya dah boleh letak beberapa gambar carta dalam satu post yang sama. Selepas ini, setiap post akan memuatkan kajian struktur pasaran selama 2 tahun terakhir bagi satu-satu kaunter.

Target saya ialah untuk mengkaji sekurang-kurangnya 5 kaunter bagi mengenalpasti:
1) Struktur pasaran Bursa Malaysia
2) Durasi trend kaunter Bursa Malaysia
3) Tanda-tanda perubahan trend kaunter Bursa Malaysia
4) Mengenalpasti 'trading ranges'

Dalam kajian ini, saya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dari tutorial bersiri How To Read Structure (Charts) Tutorial oleh Alec40 terhadap kaunter-kaunter pilihan dalam pasaran Bursa Malaysia.

Kajian ini bersifat peribadi tetapi mungkin dapat membantu anda dalam memahami ilmu market structure bagi kaunter Bursa Malaysia.

Untuk mengelakkan pengaruh dari anasir-anasir yang tidak berkaitan, saya tidak menggunakan apa-apa indikator dalam kajian ini, termasuk volume . Namun, tiada masalah jika anda ingin menggunakan indicator (kecuali jika anda mahu kelihatan cool dengan menggelar diri sebagai naked chart trader).

Beberapa prinsip/disiplin (dipetik dari tutorial Alec40) yang saya praktikkan untuk kajian ini ialah:
1) Higher high dan higher low (lower high dan lower low) mesti terbentuk secara berturutan bagi menandakan uptrend (downtrend)
2) Sekiranya pergerakan harga tidak stabil (sekejap higher low sekejap lower high dsb.), kita menganggap range trading atau minor sideways sedang berlaku.
3) Apabila harga menembusi mana-mana high atau low yang terakhir, barulah trend sekarang dapat ditentukan.
4) Nama high dan low mesti diambil secara literal.

Kajian ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

快照

快照

快照
bursamalaysiaresearchEconomic CyclesSupport and ResistanceTrend Analysis

免责声明