PMB Technology Bhd.
已更新

PMBTECH BBD Signal menghijau

325
Pada 31/7/2018 kami telah kongsikan satu indikator yang boleh anda gunakan secara percuma iaitu indikator BBD_signal, indikator ini boleh digunakan sebagai pengesahan sahaja, bukan untuk kegunaan signal pembelian dan penjualan. Anda memerlukan indikator lain untuk tujuan pembelian dan penjualan. Namun daripada posting indikator yang lepas, kaunter PMBTECH ini telah mengeluarkan signal BBD_signal hijau dan disahkan dengan fractal buy signal. Pada hari berikutnya, kaunter ini membuat kenaikan yang mendadak. Dijangkakan ia akan membuat kenaikan sehingga menyentuh atau hampir menyentuh garisan trend. Dilihat daripada history yang lepas, kaunter ini sangat sesuai menggunakan BBD_signal sebagai panduan untuk bermain short term trading.

PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
注释
UPDATED : Suka kami memaklumkan, PMBTECH hari ini hit potensi target kami. Tahniah!

免责声明

这些信息和出版物并非旨在提供,也不构成TradingView提供或认可的任何形式的财务、投资、交易或其他类型的建议或推荐。请阅读使用条款了解更多信息。