FauziSaham

Lay Hong berkemungkinan membuat kenaikan?

MYX:LAYHONG   LAY HONG BHD
Lay Hong merupakan salah satu syarikat poultry dengan fundamental yang agak baik. Jika dilihat pada carta kita boleh nampak:

1. Akhir tahun lepas MACD menunjukkan bullish divergence. Ini menunjukkan momentum bearish berkurang dan berkemungkinan membuat perubahan trend.

2. MACD kini lebih banyak berlegar atas paras 0 juga menunjukkan harga lebih memihak kepada bullish.

3. RSI juga kini lebih banyak berlegar atas paras 50 menunjukkan lebih kepada bullish.

4. Harga berlegar di atas awan ichimoku dan span A masih di atas span B. Juga menunjukkan bullish.

5. Paras rintangan consolidation adalah di 0.50. Jika ia berjaya melepasinya, berkemungkinan besar ia akan menuju ke rintangan seterusnya di 0.705 iaitu lebih kurang 40% reward. Satu jumlah yang cukup baik untuk dipertimbangkan bagi mengambil posisi.
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。