TIPS untuk Beli Dan Jual

AEMULUS

Terdapat banyak teknik untuk beli dan jual saham anda.

Di sini saya kongsi beberapa cara yang telah saya pelajari dan aplikasi di dalam aktiviti trading saya di Bursa Malaysia.

Untuk pembelian, yang pentingnya kita beli di harga support atau berhampiran harga support. Ini untuk mendapatkan harga sasaran Cut Loss yang kecil.

Ada pelbagai cara untuk menentukan di mana harga support.

Untuk peminat swing trading seperti saya, teknik Entry yang biasa di guna pakai adalah seperti berikut:

1- RBS

RBS merujuk kepada garisan yang mana garisan sebelumnya adalah resistance telah bertukar menjadi garisan support, bila mana harga membuat permulaan kenaikan daripada line resistance itu. Apabila ini berlaku, garisan tersebut dipanggil Resistance Become Support (RBS). Jika kita beli di atas RBS, Cut Loss hendaklah di bawah RBS juga.

2- Garisan trendLine

Garisan Trendline sama ada Uptrendline atau Down Trendline juga boleh menjadi garisan support. Kebiasaannya kita membeli apabila harga memecahkan (Breakout) garisan trendline dan harga close di atas garisan tersebut, maka Cut Loss juga hendaklah di tetapkan di bawah garisan tersebut.

3- Garisan Moving Average

Terdapat perbagai garisan moving average, tetapi sebagai swing trader saya biasanya menggunakan Ma20 , 50 dan 200.
Kita boleh membeli apabila harga melantun dari garisan MA tersebut, dan harga CUT LOSS harus di tetapkan di bawah garisan MA tersebut.

Teknik CL juga ada pelbagai cara lagi selain dari yang saya kongsi di atas, antaranya:
1- 10% rule - CL apabila kerugian mencapai negatif 10%.
2- CL apabila MA20 cross di bawah MA50.

Untuk scalping (day trading atau short term trading) pula, kebiasaan nya trader menggunakan GANN support atau menggunakan teknik BOX Trading , yang mana saya tidak akan ceritakan di sini kerana saya tidak minat teknik ini.

Sepanjang 2 tahun trading, saya telah melakukan aktiviti trading lebih dari 100 kali, ada 3 kesilapan besar yang saya telah lakukan:

1- Saya amat susah untuk mendisiplinkan diri untuk Cut Loss.

2- Tidak entry di support kerana sindrom FOMO - Fear Of Missing Out. Banyak kali juga saya entry apabila harga telah jauh dari garisan support dan apabila harga jatuh, saya takut untuk Cut Loss.

3- Sentiasa bertukar teknik

Seperti nasihat kebanyakan trader yang berjaya, seseorang trader tidak akan berjaya di dalam dunia trading ini jika mereka tidak ada trading plan dan tidak berdisiplin untuk Cut Loss jika setup tidak menjadi.

Fokus juga amat penting, amalan bertukar teknik sangatlah tidak bagus dalam dunia trading ini.

Untuk tahun 2022 Saya berazam untuk memperbaiki kelemahan ini terutamanya. Walau setinggi mana harga kelas yang kita hadir, pengalaman sendiri itu lebih mahal harganya.

Beyond Technical AnalysisbursabursamalaysiaTechnical Indicatorsteknikcutlossteknikentry

免责声明