Meem

AEMULUS: Mampukah Meneruskan Kenaikan?

MYX:AEMULUS   AEMULUS HOLDINGS BERHAD
AEMULUS dilihat bergerak dalam trendline menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Pergerakan harga pada selang masa mingguan melihat pembentukan lilin merah
Jika diperhatikan pada petunjuk Momentum, terdapat pembentukan 'divergence' tatkala harga melakukan tinggi yang baharu
Analisa volum juga mendapati volum semakin berkurang ketika harga membentuk 'High' yang baharu
Justeru, boleh dikatakan terdapat kelemahan dalam kenaikan harga dan berpotensi melakukan pembetulan andai tiada minat belian

Boleh diperhatikan bagaimana harga bertindak ketika berdekatan dengan kawasan sokongan / 'support'
Sekiranya ia hendak melakukan kenaikan, pastinya akan mematuhi trendline

*Boleh juga perhatikan bagaimana harga bertindak dengan EMA50 dan EMA200 pada selang masa harian

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih


免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。