Meem

AMD: Mampukah Membuat Kenaikan?

NASDAQ:AMD   超微半导体公司
Saham syarikat AMD dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Kedudukan harga terkini dilihat berada berdekatan dengan garisan arah aliran menurun yang bertindak sebagai rintangan
Jika diperhatikan pergerakan harga pada selang masa harian dilihat seakan membentuk corak carta bendera
Walaubagaimanapun harga dilihat belum lagi melakukan breakout, justeru masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Petunjuk RSI harian dilihat membuat kenaikan semula di atas paras pertengahan manakala RSI mingguan belum memasuki kawasan 'overbought'
Menarik untuk diperhatikan sekiranya pergerakan harga menunjukkan minat belian yang semakin meningkat

Ke mana halatuju harga yang seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。