Lima Petua untuk Pedagang dan Pelabur Baru

Sama ada anda baru atau telah pun berdagang lebih dari 20 tahun, catatan ini adalah satu peringatan semula mengenai kepentingan mempunyai jangkaan yang realistik terhadap pasaran. Kesabaran, keinginan untuk belajar dan pandangan yang positif, terutamanya untuk jangka masa yang lama akan membantu anda dalam perjalanan anda. Di sini ada beberapa petua untuk anda bermula!

1. Membuat kod pasaran
Pasaran kewangan menarik orang-orang pintar yang menjalankan strategi, penunjuk dan analisis untuk membuat keputusan yang lebih baik. Komuniti Skrip Pine adalah contoh yang tepat untuk ini - anda boleh terus ke halaman Pilihan Editor Skrip Pine untuk melihat sendiri. Dengan Skrip Pine, anda boleh membuat kod dan membuat penunjuk atau strategi anda sendiri. Lebih penting lagi, anda dapat mempelajari selok-belok tindakan harga dan mekanik asas bagi penunjuk-penunjuk tertentu.

2. Gunakan Perdagangan Kertas untuk menguji idea anda
Kesemua ahli mempunyai akses ke alatan Perdagangan Kertas percuma kami. Ini bermaksud anda boleh berdagang, melabur dan mempelajari idea anda di dalam satu persekitaran bersimulasi. Adakah anda rasa anda boleh mengalahkan pasaran? Buka carta di desktop anda, klik Panel Perdagangan di bahagian bawah dan sambungkan kepada akaun anda. Buat urus niaga dan kaji prestasi anda selama beberapa hari, minggu atau bulan berikutnya. Jom betapa hebatnya anda sebelum anda mempertaruhkan wang sebenar. 😁

3. Ikuti yang lain, gunakan bilik sembang dan berfikiran terbuka
Pedagang dan pelabur dari seluruh dunia berkongsi idea di sini. Mereka juga mengambil bahagian di dalam bilik sembang dan bahagian komen. Ini bukan hanya peluang untuk belajar dan bertemu dengan orang lain, tetapi juga merupakan peringatan tentang siapa lagi yang menyertai pasaran. Anda boleh mendapatkan maklum balas segera dengan mengemukakan soalan, mengikuti profil mereka atau menyumbang kepada pelbagai laman sembang. Tidak pernah semudah ini untuk membuat rangkaian dan bekerja dengan orang lain untuk belajar mengenai pasaran. Ini juga peringatan bahawa pasaran itu adalah berdaya saing. Dengan ini, mulakan perjalanan anda dengan meneroka komuniti, bertemu dengan orang lain dan belajar konsep-konsep baru.

4. Ujian semula, ujian semula, ujian semula
Penguji Strategi memudahkan anda untuk menguji semula dagangan anda dalam jangka waktu yang tertentu. Anda boleh menguji strategi yang berbeza di Perpustakaan Awam dengan membuka menu penunjuk dan memilih strategi. Strategi akan ditunjukkan dengan simbol anak panah merah kebawah dan anak panah hijau keatas di hujung tajuknya. Ia akan kelihatan seperti ini: "Strategi Momentum 🔻 ▲." Tambahkan strategi ini ke carta anda dan gunakan Penguji Strategi untuk mengikuti prestasinya. Bagi mereka yang mencari kaedah yang lebih mudah untuk menguji semula, alat Bar Ulangan dapat membawa anda kembali ke belakang untuk menguji idea anda pada ticker tertentu. Tekan butang Ulangan ⏪ di bahagian atas carta anda.

5. Buat satu rancangan
Ramai pedagang dan pelabur baru lupa untuk membuat rancangan. Sebaliknya, mereka mula berdagang tanpa menguji idea mereka atau belajar dari orang lain. Gunakan alatan yang ada dan buat rancangan jangka panjang! Lukiskan rancangan anda terus di carta, gunakan alat Nota Teks yang terletak di bahagian bawah carta sebagai blog atau buku harian peribadi anda, buat susun atur penunjuk, simpan susun atur carta tertentu untuk anda tidak kehilangan rancangan anda dan buat pemberitahuan untuk peringatan pantas. Kesemua alatan ini dapat meningkatkan proses dan rancangan jangka panjang anda. Lawati Pusat Bantuan kami untuk mempelajari dengan lebih lanjut dan anda boleh bertanyakan mengenai pelbagai perkara mengenai akaun anda.

Kami harap anda menyukai hantaran ini dan sila tinggalkan apa-apa soalan atau komen di bawah! Pasukan kami sentiasa membaca maklum balas anda. Nantikan hantaran-hantaran lain dari kami.
Beyond Technical AnalysisTradingView Tips

Share TradingView with a friend:
tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: tradingview.com/blog/en/
更多:

免责声明