Sektor/Bidang perniagaan: - Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- Sebagai rujukan carta harian kaunter CAREPLS , CAREPLS masih menunjukan trend penurunan dan tiada tanda perubahan trend berlaku. - Garisan ema semua di atas candle jelas membawa maksud trend masih dalam keadaan downtrend. - Purata belian semakin menurun berdasarkan purata belian selama 20 hari. - MACD dan Stoch RSI menyokong bahawa CAREPLS masih dalam keadaan downtrend. - Paras harga CAREPLS betul-betul berada di atas garisan support. Sama ada berlakunya rebound ataupun meneruskan kejatuhan bergantung kepada volume .
Dari sudut fundamental
- Secara keseluruhannya, syarikat CAREPLS merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk sarung tangan yang memberangsangkan. - Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan sempena musim covid-19.
- Perbandingan Q1 2021 menunjukkan CAREPLS mengalami keuntungan besar iaitu sebanyak 123.54 juta berbanding Q4 2020 iaitu sebanyak 42.30 juta.
- EPS semasa syarikat iaitu 44.52 membuktikan stok CAREPLS adalah stok undervalue.
Artikel yang berkaitan dengan kaunter sarung tangan :
Berdasarkan analisis saya untuk bacaan saudara?.Apakah keputusan saudara?...Pepatah berbunyi 'Tepuk dada tanya selera'.
PENAFIAN: Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.