MuhammadAlTrader

CBIP: Tutup dengan pattern hammer hari ini

MYX:CBIP   CB INDUSTRIAL PRODUCT HOLDING
1) Kaunter ini tidak mengalami penjualan yang besar tidak seperti kaunter-kaunter yang lain dalam sebulan dua ini. Dari volume analysis, memang tiada spike volume penjualan dan spike penurunan harga yang ketara.
2) Jangka sederhana dan jangka panjang, memang masih tidak menarik kerana didagangkan dibawah garisan moving averages yang penting seperti MA20, MA50 dan MA200.
3) Bagi jangka pendek pula, boleh diperhatikan esok kerana kaunter ini ditutup dengan pattern bullish hammer dimana kaunter telah mengalami sesi penurunan seterusnya kenaikan sebelum waktu dagangan ditutup.
4) Indicator Parabolic SAR juga telah bersilang ke bawah menandakan trend berubah kepada trend menaik.
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。