Coinbase Global

Bagaimana untuk Menambahkan Emoji Pada Carta Anda

205
Sekiranya anda menerbitkan banyak kajian dari akaun TradingView anda, emoji akan memberikan pengalaman lain untuk pembaca mengkaji hasil anda. Emoji dapat dikenali di seluruh dunia dan dapat membantu orang lain memahami dengan lebih baik bagaimana pemikiran atau perasaan anda. Ianya juga dapat digunakan sebagai peringatan atau nota cepat.

Inilah cara untuk anda menambahkan emoji ke carta anda:

1. Salin dan letakkan emoji terus ke alat kotak teks seperti ini 👋. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk mencari emoji, terdapat beberapa laman web yang boleh digunakan. Anda juga boleh menambahkan emoji ke mana-mana kotak teks atau alat lukisan yang menyokong teks.

2. Kaedah kedua adalah untuk menggunakan alat Tiang Tanda. Alat Tiang Tanda terletak di menu Alat Anotasi di sebelah kiri carta. Pilih Tiang Tanda, letakkan di carta, dan kemudian buka tetapannya untuk menambahkan emoji. Alat Tiang Tanda boleh digunakan untuk meninggalkan nota terperinci pada tahap harga tertentu. Ianya mudah untuk digunakan, disesuaikan, dan boleh diletakkan pada mana-mana titik pada carta anda. Kami telah memasukkan beberapa contoh pada carta di atas di mana kami juga telah menyesuaikan warna latar belakang pada setiap Tiang Tanda. 😎🐻 🐂

Terima kasih kerana membaca! Beritahu kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen. Pasukan kami sentiasa mendengar dan bersedia untuk membantu.

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。