MYX:DAYANG   DAYANG ENTERPRISE HOLDINGS BHD
DAYANG mengumumkan bahawa ia telah menerima lanjutan kontrak daripada Sarawak Shell Berhad dan Sabah Shell Petroleum, untuk penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan utama. Tempoh kontrak ini dilanjutkan sehingga Jun 2021.

Kontrak ini merupakan lanjutan kepada kontrak asal yang pertama kali dianugerahkan pada bulan Ogos 2020 dan berakhir pada akhir tahun 2020. Memandangkan nilai kontrak tidak diumumkan, penganalisis Kenanga menganggarkan lanjutan kontrak ini bernilai kira-kira RM10-20 juta.

Penganalisis Kenanga juga berpendapat bahawa kontrak ini agak kecil untuk dibandingkan dengan jumlah orderbook syarikat ini yang bernilai ~RM3.6b. Pendapatan pada suku 4QFY20 yang akan datang dianggarkan lebih lemah disebabkan musim tengkujuh. Orderbook syarikat ini yang bernilai ~RM3.6b dijangka memberikan keterlihatan pendapatan sehingga sekurang-kurangnya FY23.

Harga Semasa: 1.15
Kenanga Research TP: 1.35 (naik dari 1.20 sebelum ini)
Average Analysts FV: 1.28
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。