aihafizal.fx

25-Nov-2020: Indi kajian TA (bursa)-Siri 1

教学
MYX:DESTINI   DESTINI BERHAD
Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;

Petang ini saya sekadar nak berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya tahu dan cara bagaimana saya melakukan kajian kaunter di Bursa. Jadi setiap kaedah kajian adalah agak berbeza dimana naked chart dan price action tidak berapa berkesan digunakan di BURSA walaupun boleh saja untuk digunakan (Ini pengalaman saya sendiri mungkin sebab saya tak biasa dengan bursa)

Secara umum di bursa saya banyak menggunakan indikator untuk membantu dalam pemilihan kaunter. Ini disebabkan kebanyakan entry dan exit yang dilakukan oleh pedagang bursa adalah berdasarkan kepada indikator. Jadi kita sebenarnya menggunakan indi ni sebab nak tahu dimanakah kebanyakan trader membuat keputusan nak masuk. Jadi beberapa indi yang saya biasa gunakan adalah seperti berikut:

1. Volume
  • kebiasaanya digunakan untuk melihat minat belian
  • Time frame digunakan D dan W
  • pada DTF kita nak lihat minat belian semasa
  • pada WTF kita nak lihat trend pembelian dan minat keseluruhan terhadap sesuatu kaunter dlm jangka masa panjang.
  • Jadi kita akan hanya menumpukan pada kaunter yang mempunyai volume sekurang-kurangnya 10k (di DTF)
  • Direprentasikan dengan warna hijau dan merah, hijau minat belian / merah jualan

2. MA
  • yang ini merupakan indikator yang digunakan untuk kenalpasti trend
  • ada beberapa jenis namun kebiasanya SMA dan EMA lebih kerap digunakan.
  • SMA/EMA 5 & 10 / 6 & 9 (untuk jangka pendek)
  • SMA/EMA 20 & 50 (digunakan untuk trend jangka panjang)
  • Biasanya digunakan berpasangan dan isyarat membeli atau menjual dikenalpasti daripada persilangan Golden Cross @ Death Cross
  • Selagi harga berada di atas MA 20 & 50 kebanyakan trader mengatakan trend adalah dalam keadaan menaik

Rasanya cukup 2 ini dahulu, kita akan sambung dengan siri 2

Semoga bermanafaat
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。