ahzaadhwa

FBMKLCI: Dijangka uji 1585 dalam masa terdekat

做空
FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE马来西亚吉隆坡综合指数
FBMKLCI dijangka untuk menguji sokongan saluran harga 1585. Saluran harga kecil KLCI terbentuk apabila KLCI cuba mendaki ke 1693, jatuh ke 1628 kemudian melantun ke 1644 untuk ditolak kembali ke sokongan saluran akan datang antara 1585 ke 1583. Jika sokongan saluran ini pecah, saya menjangkakan KLCI untuk berperingkat-peringkat jatuh ke 1545. Tetapi, kita kena pastikan saluran ini pecah dengan solid dan bukannya satu kepalsuan. Antara tanda-tanda yang mesti disahkan bahawa saluran harga semasa pecah adalah:

1. Kejatuhan membentuk satu bear candle yang lebih besar daripada biasa. Ini bererti satu candle yang mempunyai kejatuhan 1-2% boleh dianggap solid bear. Jika setakat kejatuhan 0.1-0.5% masih ada harapan lagi untuk membuat lantunan sementara jangka pendek.
2. Berjaya tutup di bawah 1585 dan dapat dikekalkan selama 3 hari waktu trading.
3. RSI menunjukkan bacaan di bawah 30 mata dan sebarang lantunan tidak melebihi 40 mata.

Ini adalah tiga ciri-ciri yang mesti dipenuhi untuk KLCI terus jatuh dalam beberapa hari dari sekarang. Ciri ini dianggap sebagai solid bear dan lantunan seterusnya sepatutnya sekadar peluang untuk melepaskan pegangan dan bukannya peluang membeli. Semoga berjaya traders dan pelabur sekalian untuk mengharungi hari-hari mendatang.

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。