zulnureen

FBMKLCI: Kemungkinan Jatuh Lagi...

FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE马来西亚吉隆坡综合指数
Melihat kepada kejatuhan pada minggu lepas, dan melihat kepada kedudukan indeks yang masih lagi di bawah AWAN, dan telah juga membuat paras rendah yang baru, ada kemungkinan bahawa FBMKLCI akan menyambung gerakan kejatuhan nya pada minggu ini, dan jika ia jatuh beserta dengan kenaikan volum, ada kemungkinan para pelabur runcit juga akan mula menjual pegangan jangka panjang dan hanya memfokus pada dagangan jangka pendek bagi mengurangkan faktor kerugian jika memegang saham untuk jangka panjang.

Melihat pada paras sokongan dan halangan pada ICHIMOKU, ada kemungkinan pada minggu hadapan FBMKLCI akan di dagangkan di antara paras 1670 dan 1616. (andai salah satu paras di tembusi, saya akan membuat semula pembacaan yang baharu)
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。