Abang_Doji

KLCI - Menantikan sedikit rebound

做空
FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE马来西亚吉隆坡综合指数
Kemaskini KLCI:

Sepertimana yang kita tahu, ada seribu satu cara bagaimana market akan bergerak. Tiada siapa yang boleh meramalkan dengan tepat bagaimana market akan bergerak pada masa hadapan.

Namun dengan Elliott Wave, kemungkinan ini dapat ditapis dan disandarkan dengan paras paras konfirmasi serta invalidasi.

KLCI ketika ini sudah menyiapkan 3 gelombang ke bawah (label ungu).

Untuk mengatakan kejatuhan sudah tamat setelah kejatuhan ABC ini, kita perlukan 5 gelombang kenaikan yang jelas. Sekiranya gagal dan kenaikan ini hanya terbukti 3 gelombang, kita akan melabel gelombang yang gagal ini sebagai X dan seterusnya menantikan 3 gelombang kejatuhan lagi untuk Y.

Ringkasnya, gelombang X adalah "a failed impulse" dan corak ini dipanggil Double Zigzag Correction.

Kejatuhan KLCI sangat cetek buat masa sekarang membuatkan admin cenderung untuk mengatakan gelombang korektif masih belum tamat.


免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。