zulnureen

FBMKLCI: Analisa Teknikal hanya Andaian...

FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE马来西亚吉隆坡综合指数
FBMKLCI jatuh lagi hari ini, membuat kan saya ingin mencari bukti andai ada kemungkinan ia akan melonjak semula atau apakah ia akan meneruskan kejatuhan. saya ingin melihat kemana kah arah FBMKLCI untuk jangka masa panjang.

Apa yang didapati dari carta mingguan dengan menggunakan teknik Gann, ada kemungkinan bahawa paras terkini FBMKLCI telah pun terjatuh di bawah paras garisan 45degree atau 1x1 Gann, ini hanya memberikan kemungkinan bahawa FBMKLCI akan meneruskan perjalan nya untuk menuju ke garisan sokongan berikut nya. dan jika dilihat secara vertikal dari paras semasa, paras sokongan vertikal ketika ini adalah di 1,400.

Menariknya pada carta mingguan ini, terlihat pembentukan corak. Di antara tahun 1993 hingga tahun 1997, ada pembentukkan corak 'Double Top' dan yang terkini ada potensi bahawa ada pembetukkan corak 'Head and Shoulder yang bermula sejak tahun 2009 sehingga lah kini 2018, dan terlihat jelas ada kemungkinan bahawa 'neckline' corak 'head and shoulder' ini telah pun di tembusi apabila FBMKLCI jatuh di bawah paras 1670.

Andaikata, FBMKLCI dalam jarak masa terdekat ini gagal mendaki kembali ke atas paras 1670, ada kemungkinan corak 'head and shoulder ini akan menuju ke sasaran nya di paras 1200.

Apapun, harus di ingat, Analisa Teknikal ini hanyalah satu andaian berdasarkan kejadian kejadian di waktu yang lepas, dan bukan lah satu kepastian. kemungkinan ia berlaku adalah kerana tindakan dan sikap pelabur samaada untuk mengambil peluang membuat keuntungan atau mengelakkan kerugian berdasarkan pada arah aliran semasa carta tersebut.

Terima Kasih.
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。