HLT - Masih lemah/Belum pulih

Sektor/Bidang perniagaan:
- Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.

Idea analisis:

Dari sudut teknikal

- Sebagai rujukan carta harian kaunter HLT, HLT masih menunjukan trend penurunan dan tiada tanda perubahan trend berlaku.
- HLT melakukan fake rebound dan memecahkan support. Hal ini jelas ditunjukkan pada carta pada timeframe harian dan carta menceritakan kepada kita bahawa HLT masih dalam keadaan downtrend.
- Sekiranya HLT masih gagal melakukan rebound di atas garisan uptrend, maka fasa penurunan akan terus berlaku sehinggalah tanda-tanda reversal mahupun bullish muncul.

Dari sudut fundamental
- Secara keseluruhannya, syarikat HLT merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk sarung tangan yang memberangsangkan.
- Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan sempena musim covid-19.

- Perbandingan Q1 2021 menunjukkan HLT mengalami keuntungan besar iaitu sebanyak 12.14 juta berbanding Q4 2020 iaitu sebanyak 6.1 juta.

- EPS semasa syarikat iaitu 3.60 membuktikan stok HLT adalah stok undervalue.

Dari sudut luar teknikal/fundamental
- Mengapa harga kaunter HLT semakin menurun? . Dalam hal ini, konsep tawaran dan permintaan belian boleh digunapakai. Kelihatan rata-rata trader masih trauma untuk berdagang pada kaunter sarung tangan atas disebabkan kerana bimbang cataylst musim vaksinasi.
- Berdasarkan sejarah kaunter sarung tangan, kenaikan paras harga akan meningkat sekiranya berlaku pandemik dan penurunan paras harga akan berlaku sekiranya pandemi ataupun masalah wabak dapat ditangani.
- Hal ini dibuktikan pada sekitar tahun 2017, Malaysia berlakunya pandemik disebabkan wabak selsema burung H1N1. Peningkatan paras harga kaunter sarung tangan berlaku disebabkan minat belian yang tinggi oleh para trader dan penurunan paras harga secara terus bermula sekitar penghujung tahun 2017 apabila wabak H1N1 dapat ditangani.
- Pepatah sejarah mungkin berulang agak sesuai digunapakai dalam hal ini.



#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.

📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Beyond Technical AnalysisChart Patternsjun21Trend Analysis

免责声明