MYX:K1   K-ONE TECHNOLOGY BHD
Bersempena tema Sektor Penjagaan Kesihatan - HC (Sarung Tangan Getah Perubatan) akibat daripada wujudnya varian baharu Covid19 iaitu Omicron, permbelajaran kita akan tertumpu kepada kuanter-kuanter berkaitan. Kebanyakkan negara telah membuat pengumuman sama ada menutup sempadan negara mereka daripada menerima pengembara atau melaksanakan perintah kawalan pergerakan pada sepanjang sabtu dan ahad lalu, akibatnya Indeks Bursa Malaysia mengalami tekanan jualan yang agak kuat sehinggakan indeks turun lebih dari paras sokongan yang kuat sebelum ini dan berkemungkinan menuju ke 1490 mata. Namun, kuanter-kuanter HC berlaku lonjakkan luar biasa. Adakah lonjakan tersebut merupakan satu petanda pertukaran arah atau semata untuk membolehkan pelupusan pegangan di paras tertinggi sebelum meneruskan penurunan? Analisa saya adalah berdasarkan selang masa Minggunan. Sekiranya harga berjaya menembusi kotak merah tersebut dan menutup harga di atasnya, maka terdapat 1 petanda perubahan arah, namun perlu disokongan dengan penolakan harga ketika memasuki zon yang ditanda dengan garisan biru. Sekiranya harga tembus di bawah zon-zon garisan biru ini, maka tidak berlaku perubahan arah malah trend masih menurun. Sekiranya berlaku penolakan di zon-zon belian ini, Insha Allah harga boleh sampai di zon jualan iaitu garisan merah. TAYOR

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。