马来西亚吉隆坡综合指数
做多

KLCI di persimpangan

Jika sebelum ini saya ada mengulas sekiranya KLCI patah paras 1700 ianya berada dalam kedudukan bahaya/kritikal. KLCI di carta bulanan kini berada betul-betul di Span A Ichimoku. Sekiranya KLCI terus membuat penurunan minggu ini, ia akan membuatkan price berada di bawah paras awan Ichimoku, sekaligus menunjukkan pasaran bearish.

Jika dilihat pada carta di atas, kita dapati, indeks sebelum ini telah patah tren sokongan namun berjaya masuk balik ke dalam kawasan sokongan. Kemudiannya ia bermain-main di dalam kawasan sokongan tersebut. Dan kini ia berada betul di paras bawah kawasan sokongan.

Minggu ini menjadi penentu arah KLCI. Samaada ia akan memantul balik atau ia akan patah paras sokongan dan seterusnya turun jauh lebih rendah ke bawah.

Jika ia memantul balik (itu yang kita harapkan), dan seterusnya breakout corak Falling Wedge, itu akan jadi petunjuk permulaan uptrend yang kuat. Ya, Falling Wedges terutamanya pada carta yang uptrend adalah satu corak konsolidasi sebelum berlakunya uptrend yang kuat. Sebab itu ada yang menggelarnya Bear Trap.

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。