Meem

KOBAY: Isyarat Kelemahan

MYX:KOBAY   KOBAY TECHNOLOGY BHD
KOBAY dilihat mengekalkan momentum kenaikan sejak dari beberapa minggu dagangan yang lalu

Carta harga mingguan dilihat menunjukkan terdapatnya kelemahan pada pergerakan harga
Petunjuk RSI dilihat menunjukkan terdapatnya pembentukan 'bearish divergence' tatkala harga membuat tinggi yang baharu
Analisa volum juga mendapati minat belian semakin berkurang ketika harga sedang melakukan kenaikan
Carta harga harian juga dilihat menunjukkan kelemahan dengan pembentukan lilin merah disertai dengan bayang atas (upper shadow)
Harga dijangka mungkin membuat pembetulan dalam jangka masa terdekat dengan EMA20 mingguan bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Sekiranya gagal bertahan harga dijangka akan mencari EMA50 mingguan pula sebagai sokongan seterusnya

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。