NASDAQ:METC   Ramaco Resources, Inc.
Ramaco Resources, Inc. dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Terkini carta pada selang masa harian dilihat membentuk corak carta 'saucer' setelah harga berjaya tutup berdekatan kawasan rintangan
Profil volum juga adalah dilihat cantik, selari dengan pembentukan corak carta terbabit
Volum penyertaan pedagang juga dilihat tinggi ketika harga mendekati kawasan rintangan menunjukkan kehadiran minat belian untuk memecahkan rintangan
Walaubagaimanapun, tidak mustahil juga harga membuat penurunan sedikit untuk merubah corak carta menjadi 'Cup & Handle'
Hal ini kerana, petunjuk RSI harian dilihat sudah menunjukkan momentum belian namun sudah menghampiri kawasan 'overbought'
Selagimana harga belum melakukan 'breakout' melepasi kawasan rintangan maka tiada pengesahan harga akan meneruskan kenaikan

Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。