FH_MFFTrader

MGRC: kaunter konsisten untuk pelaburan yang panjang.

做多
MYX:MGRC   MSIAN GENOMICS RES CENTRE BHD
Secara harian dan mingguan, kaunter ini menunjukkan prestasi kenaikan yang menarik.
Bermula 21 Julai 2020 sehingga kin (24 Nov 2020), trend kenaikan ini sentiasa berterusan secara perlahan dan konsisten.
Senangnya dia naik dan sideway..naik dan sideway..gitu iramanya..hehe..

Saya menggunakan EMA 21,34 dan 90 sebagai laras trend dan support yang berkesan.
Jika dilihat arah panah biru, kejatuhan harga akan terpantul semula ke atas apabila menyentuh salah satu EMA apabila indikator Stochastic menunjukkan oversold.

Dan pada tarikh ini 24 Nov 2020, candle merah menunjukkan penurunan ke EMA21 yang membawa kepada EMA34 sebagai laras lantai baru iaitu 0.575/0.580 dan ianya pada lingkungan emas Fibo iaitu 0.5-0.618.
Jangkaan saya ia akan memantul pada lingkungan emas ini bersama stochastic yang oversold dan minat belian pedagang.

#teknikal analisis saham marhaen
#tujuan pendidikan sahaja

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。