ichivergence_hunter

PNEPCB Cubaan Memecahkan Kecutan BB dan Membuat Corak Surf BB

MYX:PNEPCB   PNE PCB BHD
PNEPCB kejatuhan yang kejam sebelum ini dan kemudian bertenang sambil membuat pengumpulan hampir dua bulan. Ini dapat dilihat dengan indicator Bollinger Band yang mengecut. Secara teorinya, jika ingin trade menggunakan indicator Bollinger Band (BB), kalau patternnya begini, boleh tunggu BB Breakout terlebih dahulu. Dimana aras BB Breakout itu? Jika dilihat pada chart, aras BB Breakout adalah jika berjaya memecahkan aras 0.260. Jika berjaya secara teorinya akan membuat pattern surf BB. Pada hari ini, volume juga menarik kerana mengatasi volume selama lebih dari hampir dua bulan. Secara teorinya ini menunjukkan adanya kembali minat belian untuk kaunter PNEPCB selepas oversold beberapa ketika. Ada beberapa aras rintangan yang perlu dihadapi dan dipecahkan iaitu di 0.310 (EMA50), 0.415 (EMA200) dan 0.555 (rintangan psikologi). Sama-sama kita kaji mengkaji. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。