LiteForex_Official

USD/JPY: ulasan umum

FX:USDJPY   美元/日元
Aliran semasa

Pasangan mata wang USD/JPY menunjukkan pertumbuhan semasa dagangan pada hari Selasa memandangkan keluaran data lemah dari Amerika Syarikat: penjualan rumah baru menurun sebanyak 3.4% dan tidak memenuhi jangkaan para pelabur. Kejatuhan penunjuk menunjukkan pengurangan rangsangan sektor industri, perkhidmatan, dan pasaran buruh yang sama yang mempunyai kesan negatif terhadap kadar mata wang negara. Selain itu, USD mengabaikan kenyataan "hawkish" oleh ketua Fed Janet Yellen di mana dia menyeru strategi kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur.

Pedagang hari ini akan memperhatikan data transaksi jualan perumahan yang tidak lengkap di Amerika Syarikat dan kenyataan oleh ahli Fed, James Bullard dan Lael Brainard.

Sokongan dan rintangan

Pada carta H4 instrumen ini menaik bersama jarak kecil terbentuk oleh bahagian garis atas dan tengah Bollinger Bands. MACD histogram berada diatas garis isyarat mengekalkan isyarat untuk membuka posisi beli.

Paras sokongan: 112.50, 112.05, 111.50.

Paras rintangan: 112.75, 113.00, 113.30.

Tips dagangan

Pesanan beli boleh dibuka daripada paras semasa dengan sasaran pada 113.30 dan henti rugi pada 112.20. Jangkamasa implementasi adalah 1-3 hari.

Posisi jual boleh dibuka daripada paras 112.00 dengan sasaran pada 111.50 dan henti rugi pada 112.30. Jangkamasa implementasi adalah 3-5 hari.

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。