sulongmarubozuG.N.T

Harga minyak AS jatuh bawah $0

TVC:USOIL   WTI 原油差价合约
BUAT pertama kali dalam sejarah, harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh ke bawah paras $0, iaitu ke paras negatif -$37.65 setong pada lewat Isnin.

Ini menyaksikan pedagang menjual minyak mentah untuk disimpan ekoran kekurangan tempat simpanan di AS.

Harga minyak mentah AS jatuh 306 peratus untuk kontrak penghantaran pada Mei.

Harga minyak mentah Brent pula jatuh 9 peratus kepada sekitar AS$25 (kira-kira RM110) setong.
Bagi harga minyak mentah di AS, WTI ialah penanda aras untuk Amerika manakala Brent digunakan sebagai penanda aras untuk sekitar 2/3 daripada kontrak minyak dunia.

Dalam masa sama, data ekonomi Jerman dan Jepun turut menandakan ekonomi global lemah.
Harga minyak global mencatatkan penurunan akibat permintaan yang lemah susulan arahan tinggal di rumah untuk kekang penularan COVID-19 dan sekatan pengangkutan udara.

Sebelum ini, OPEC bersetuju untuk memotong sekitar 9.7 juta tong sehari bermula 1 Mei.

Sehingga kini, harga minyak mentah Brent jatuh sekitar 60 peratus sejak awal tahun ini manakala minyak mentah AS jatuh sekitar 85 peratus sejak awal tahun ini.

Harga minyak mentah di AS kini jauh rendah daripada harga pulang modal.

Ini mengakibatkan penghentian carigali dan perbelanjaan oleh syarikat minyak di AS.

Credit : www.astroawani.com/b...jatuh-bawah-0-239353
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。