Cryptorain17

Emas Kerugian Lebih $10 Pada Minggu Lalu, SINGKAT???

做空
FOREXCOM:XAUUSD   黄金现货/美元
XAUUSD

Permintaan terhadap logam berharga emas merosot pada minggu lalu, kerugian lebih $10 dan mencatat harga terendah $1,270 selepas gagal menembusi zon kritikal $1,300.

Harga $1,300 yang turut menjadi garisan bagi MA 100-hari telah menarik para pelabur teknikal untuk menjual, sekali gus menguatkan lagi momentum bearish pada pasaran emas.

Dari sudut teknikal, para penjual dijangka terus mengawal pergerakan harga untuk jangka masa yang terdekat selagi harga tidak dapat menembusi dan berada di atas zon $1,300.

Permintaan emas sebagai safe haven juga semakin menyusut pada pertengahan minggu lalu berikutan sentimen semakin pulih selepas China melaporkan data makro yang lebih baik yang mana telah menghilangkan kebimbangan pasaran terhadap isu kelembapan ekonomi mereka.

Walaupun ketiadaan kalendar ekonomi yang penting oleh China pada minggu ini, tajuk-tajuk berkaitan rundingan perdagangan antara China dan AS dijangka tetap akan memberi impak yang signifikan kepada sentimen pasaran.

Selain itu, matawang Eropah turut mengalami tekanan penjualan yang besar, mengakibatkan kebangkitan greenback dan turut menambahkan tekanan ke atas pasaran emas.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain bukan sahaja meneruskan momentum bullish sepanjang minggu lepas, malah turut merekodkan peningkatan harian terbesar sejak 21 Mac pada hari Jumaat yang lepas.

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。